Monday, November 23, 2009

MUZIK DI MALAYSIA? RELEVENKAH GELOMBANG INDIE?



MUZIK di Malaysia telah bermula sejak zaman dahulukala lagi. Muzik seperti Inang, zapin, mak yong, nobat dan sebagainya menjadi hiburan masyarakat dahulukala...Kemudian muzik di Malaysia berEVOLUSI setelah mendapat pengaruh daripada barat terutamanya BRITAIN dan UNITED STATES. Pengaruh besar muzik moden di Malaysia(muzik yang menggunakan alatan seperti gitar, drum dan bass) berasal daripada band-band seperti BEATLES, LED ZEPPELIN, AC DC, BB KING dan penyanyi-penyanyi solo seperti Johny Cash, Elvis Presley dan sebagainya.

Tahun 1950an- 1980an menyaksikan kebangkitan industri muzik Malaysia yang menyaksikan banyak pemuzik Malaysia(dan Singapura..yg dahulunya Malaysia) menempa nama di seluruh Asia dan dunia. Sebagai contoh, Allahyarham Tan Sri P.RAmlee dikenali seantero dunia sebagai pencetus idea-idea filem dan muzik baru di Asia dan Malaysia. Band seperti SEARCH menjadi idola pemuzik-pemuzik sekitar Asia. Tetapi mengapakah fenomena itu tidak dapat kita lihat sekarang? 90an menyaksikan lahirnya seorang biduan yang cukup dikenali seantero dunia, Siti Nurhaliza menjadi satu-satunya penyanyi yang dikenali dari Malaysia. Ada orang lama dalam industri mengatakan yang industri kian tenat...Apakah itu yang sebenarnya berlaku?

2004..Gelombang INDIE mula dikenali arus perdana. Band-band yang sudah lama bertapa di persada UNDERGROUND mula keluar menonjolkan muzik-muzik mereka. Sebenarnya telah banyak band yang keluar dari kepompong Underground sebelum 2004 seperti OAG, Flop Poppy, Disagree, dan banyak lagi...tetapi neraca bahasa INDIE belum lagi digunakan secara meluas pada masa itu. Sekarang band Underground sudah dekenali umum.Mak cik-mak cik pun dah tahu Estranged, Meet Uncle Hussain, dan sebagainya.Persoalannya....Adakah INDIE ini satu genre muzik? atau kelompok masyarakat remaja yang meminati muzik? dan yang paling penting, adakah ia relevan untuk mengembalikan kegemilangan muzik di Tanah air Malaysia...Bersama kita fikirkan...MEngikut definasi muzik yang saya amati, tidak ada genre yang diberi nama indie. Mungkin bacaan saya itu sudah lama tetapi itulah yang saya dapat. Jadi saya membuat sedikit kajian untuk mendifinasikan muzik indie ini...

INDIE adalah ringkasan daripada perkataan Indipendent. D.I.Y(Do it Yourself). Pemuzik-pemuzik yang berkarya tetapi tidak dapat menarik perhatian syarikat rakaman untuk melabur pada band mereka membuat recording, marketing, dan sebagainya dengan duit dan kederat mereka sendiri. Itulah pada asalnya INDIE. Genre? Saya tidak rasa ada genre INDIE. Kebanyakan pemuzik-pemuzik yang memainkan muzik indie di Malaysia sebenarnya memainkan muzik pop. Mungkin bunyi muzik pop yang biasa kita dengar daripada penyanyi solo tidak sama dengan bunyian mereka ini keran POP yang mereka bawakan itu adalah POP yang baru. POP mempunyai pecahan yang sangat banyak. Brit Pop, Nu-Pop, Power Pop, dan sebagainya...Jadi bagi saya jika masih ada orang yang ingin mendefinasikan muzik itu INDIE...Criteria INDIE perlulah di tepati.... Muzik perlu ada lebih dari satu unsur muzik....Rock, Pop, Blues, Jazz, dll.. Karya yang dipersembahkan mestilah bebas dari segala unsur pengaruh band yang sedia ada. Kerana INDIE ialah BEBAS jadi genre ini perlulah BEBAS.Setuju? Kalau tak setuju nyatakan pendapat anda di sini.

Berbalik kepada persoalan utama Relevankah muzik INDIE itu untuk membangunkan muzik Malaysia. Di sini saya kategorikan muzik INDIE kepada band-band underground yang tidak terikat kepada mana-mana kontrak rakaman.Relevansi nya adalah bergantung kepada betapa serius dan bersungguhnya pemuzik-pemuzik ini untuk berjaya dalam Industri. Band-band typical dari Indonesia sudah mula kedengaran jemu di telinga peminat muzik tempatan. Jadi mereka mahukan sesuatu yang segar dan tulus dari pemuzik-pemuzik Malaysia. Tidak saya sangkal, penganjuran Gig dan Konsert semakin banyak melibatkan band-band ini...Jadi ini menampakkan perkembangan muzik moden di Malaysia. Sama seperti zaman Search dan Wings dahulu, di mana banyak band lahir daripada Battle Of The Band. Saya jangka muzik Malaysia akan lebih maju daripada Indonesia dan Singapura jika saluran dan medium yang dilaui oleh pemuzik dan penganjur adalah betul.

*Setelah saya menulis blog ini dan mengkaji kembali dengan lebih mendalam, nuzik indie sebenarnya bermula di Eropah dimana mereka menggelarkan muzik rock moden sebagai "indie". Sebenarnya muzik ini lebih kepada jenisan pop seperti brit-pop atau power pop.

No comments:

Post a Comment